RANGKAIAN produk Mamonde yang dihasilkan melalui kajian mendalam pusat R&D.
RANGKAIAN produk Mamonde yang dihasilkan melalui kajian mendalam pusat R&D.
DEMONSTRASI solekan oleh jurusolek profesional Amorepacific.
DEMONSTRASI solekan oleh jurusolek profesional Amorepacific.
HASIL tanaman peserta.
HASIL tanaman peserta.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Mamonde, jenama penjagaan kulit AmorePacific yang diilhamkan daripada bunga-bungaan menganjurkan lawatan suai kenal media baru-baru ini untuk berkongsi penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas beberapa jenis bunga yang digunakan dalam penghasilan semua produknya.

Penemuan oleh saintis R&D Mamonde mendedahkan bunga mengandungi banyak ciri terapeutik yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan dan kulit, tetapi juga psikologi seseorang.

Oleh itu, media diberi pengalaman secara langsung yang meluas untuk menyaksikan dan merasai ciri terapeutik bunga.

Pengalaman ini termasuk penyediaan makanan tradisional Korea menggunakan bunga, hubungan fizikal dengan bunga di Mamonde Garden, demonstrasi keberkesanan teknologi bunganya di pusat R&D dan akhir sekali, pengalaman produk Mamonde di kedai utamanya di Aritaum di Gangnam, Korea Selatan.

Idea memasukkan bunga ke dalam hidangan mungkin sangat asing bagi kita kerana tidak banyak bunga yang boleh dimakan. Namun daripada kelompok bunga yang boleh dimakan, ia akan menambah warna, rasa dan nutrien kepada hidangan. Nasturtium, pansies dan ros misalnya kaya dengan vitamin A dan C.

Bunga raya mengandungi antioksidan yang membantu mencegah deposit kolesterol dan gangguan hati. Honeysuckle pula membantu melegakan masalah pernafasan, melegakan perut dan usus manakala Viola mempunyai ciri antiradang dan baik untuk penyakit berkaitan pernafasan.

Menambah beberapa bunga ini dalam hidangan Korea seperti bibimbap, bulgogi dengan salad bunga dan Hwajeon (kek beras bunga) amat menyihatkan, menambah rasa dan ia juga meningkatkan selera makan kerana rupanya yang cantik. Bergantung kepada jenis bunga yang digunakan, beberapa bunga menawarkan rasa masam manis dan ada yang sedikit pahit, tetapi aromatik.

Pasukan penyelidikan Mamonde juga mengesahkan manfaat emosi dan tingkah laku yang terdapat dalam bunga. Dalam satu kajian yang dibuat, bunga didapati dapat memberi kesan segera kepada kebahagiaan dan mempunyai kesan positif jangka panjang pada perasaan.

Media turut berpeluang mengunjungi Mamonde Garden dan melakukan aktiviti termasuk diajar menanam pokok bunga. Penanaman pokok bunga juga terbukti sebagai

terapi dan menawarkan

rasa ketenangan dan kepuasan.

Terletak di Kampus Osan Beauty di Gyeonggi-do, Mamonde Garden dihiasi dengan bunga yang digunakan dalam formulasi produk Mamonde. Di taman itu, bunga ditanam dan dikaji sifat terbaiknya yang akan memberi manfaat kepada kulit.

Pelbagai bunga-bungaan yang ditanam untuk penyelidikan dan kemudian digunakan untuk pembangunan produk.

Di pusat R&D, media berpeluang menyaksikan Pengurus Sains Jenama Mamonde, Shin Bo Hyun menunjukkan keberkesanan First Energy Essence dalam melaraskan tahap pH kulit.

Kesan bunga

Hasil kajian menunjukkan jika kita mengekalkan kulit pada tahap yang sedikit berasid pH 4 hingga 5, tanda penuaan boleh ditangguhkan.

Dalam percubaan pertama yang dijalankan oleh Shin, air, First Energy Essence dan pembersih diisi ke dalam tiub silinder berasingan. Satu jalur kertas litmus kemudian dimasukkan ke dalam setiap tiub untuk menguji tahap pH.

“Air mempunyai pH 7 (neutral), manakala pencuci mempunyai pH 12 hingga 13 (alkali) dan First Energy Essence mempunyai pH 4 hingga 5 (sedikit berasid).

“Eksperimen ini membuktikan bahawa cuka bunga yang ditapai berusia setahun yang terkandung dalam First Energy Essence boleh digunakan untuk melambatkan tanda penuaan pada kulit,” katanya.

Dalam percubaan kedua, Shin menunjukkan keberkesanan epigallocatechin gallate (EGCG) bunga kamelia, antioksidan yang 100 kali lebih berkesan daripada vitamin C dalam menghapuskan radikal bebas.

Satu tiub ujian pertama dipenuhi dengan ‘radikal bebas’. Age Control Power Serum Mamonde kemudian ditambah ke dalam tabung uji itu. Kandungannya ‘digaul’ dengan gerakan berpusar.

Radikal bebas itu kelihatan dilarutkan oleh serum dalam masa beberapa saat. EGCG bunga kamelia digunakan dalam rangkaian Age Control Mamonde , penjagaan antipenuaan yang melindungi kulit daripada bendasing di samping mengukuhkan keanjalan kulit.

Melalui pemahaman ciri terapeutik bunga yang lebih baik, media kemudian didedahkan dengan pelbagai produk penjagaan kulit dan alat solek Mamonde termasuk yang terlaris di pasaran. Peserta turut diajar teknik solekan melalui kelas solekan menggunakan Cushion dan beberapa panduan solekan oleh jurusolek ­profesional syarikat itu.

Antara produk utama dibangunkan dari Mamonde Garden ialan First Energy Serum dan First Energy Essence dengan cuka bunga Honeysuckle ditapai secara semula jadi selama setahun memberikan kesan antipengoksidaan untuk kulit yang sihat dan lembut.

Kombo pati dan serum ini mengekalkan kulit yang sihat dan lembut dengan 81.31 peratus cuka bunga Honeysuckle dan asid laktik ditapai diperoleh dari Honeysuckle melalui teknologi biotik flora.

Cuka bunga Honeysuckle yang diperoleh melalui penapaian semula jadi selama setahun kaya dengan antioksidan dan boleh membantu meningkatkan ketegangan kulit.

Moisture Ceramide Cream dengan tenaga penting yang luar biasa daripada bunga raya untuk mengukuhkan halangan kelembapan kulit.

Ia membentuk halangan kelembapan yang kuat pada permukaan kulit untuk memastikan ia lembap sepanjang hari dengan bantuan bahan pelembap semula jadi yang diperoleh daripada bunga raya.

Floral Hydro Cream pula mengandungi rahsia menyimpan kelembapan dijumpai di dalam bebawang Narcissus (turut dikenali sebagai Water Sage).

Lotus Micro Cleansing Foam dengan bunga lotus menghilangkan kotoran dan membantu kulit mengekalkan kelembapan untuk memastikan ia lembap selepas pembersihan.

Ia mengandungi kompleks teratai yang diperoleh daripada kesan pemurnian daun teratai. Ia membersihkan kotoran dan zarah kecil, di samping membantu mengekalkan faktor pelembap pada kulit untuk mencegah kehilangan lembapan selepas pembersihan.

Aging Power Serum mengandungi Camellia EGCG antioksidan melindungi kulit daripada persekitaran luaran dan menyediakan keanjalan padat dari bahagian dalam kulit.

Cushion Cover Powder dengan serbuk bunga pic mengawal sebum berlebihan dan mengekalkan solekan kelihatan segar dan cerah. Produk tiga fungsi ini mencerahkan, antikedut dan dilengkapi perlindungan UV (SPF50 +/PA +++).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 12:30 PM