Pemain Malaysia, S Kumaahran (tengah) cuba dihalang dua pemain Bahrain. Gambar kecil, Frank Bernhardt.
Pemain Malaysia, S Kumaahran (tengah) cuba dihalang dua pemain Bahrain. Gambar kecil, Frank Bernhardt.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Ketumpulan jentera depan Skuad Projek Sukan SEA 2017 ketika berdepan pasukan Bawah-22 (B-22) Bahrain jelas mengundang resah di wajah pengendalinya, Frank Bernhardt yang mengakui rangkaian penyerangnya gagal menghadirkan gerun di depan gawang gol lawan.

Akibatnya, skuad yang disasarkan untuk meraih ibu segala pingat pada temasya Sukan SEA di halaman sendiri tahun depan terpaksa berputih mata apabila terikat tanpa jaringan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Lantas daripada keputusan hambar itu, Bernhardt merumuskan latihan pusat secara kekal amat ditagih dalam usaha untuk memantapkan pasukan sebelum menjelangnya saingan pada Ogos depan.

Malah, beliau turut mengharapkan keputusan positif dapat diperolehi daripada kelab dan pasukan negeri untuk mengumpulkan pemain yang dijangka diketahui minggu hadapan.

“Keputusan terletak di tangan mereka (kelab dan pasukan), jadi saya hanya perlu menunggu apa hasilnya. Namun saya mengharapkan keputusan yang positif,” katanya ketika ditemui di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 7:54 AM