Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Tiga wanita warga Vietnam dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan orang diselamatkan polis daripada Cawangan Maksiat dan Perjudian D7 Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, dalam Ops Pintas di Semabok, di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira 1 pagi itu, tiga wanita berusia 25, 27, dan 29 tahun ditemui dalam rumah tumpangan dipercayai dijadikan pelacur.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, polis turut menahan dua lelaki berusia 37 dan 36 tahun dipercayai penjaga.

"Polis turut menemui serta merampas dua kondom, dua tuala, segulung tisu, wang tunai RM160 serta sebuah telefon pintar jenama Lenovo," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 ATIPSOM 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 1:21 PM
TIGA wanita Vietnam diselamatkan di rumah tumpangan. FOTO Mohd Hilmie Hussin
TIGA wanita Vietnam diselamatkan di rumah tumpangan. FOTO Mohd Hilmie Hussin