FOTO ihsan Zaki Bijak
FOTO ihsan Zaki Bijak
Shahrinnahar Latib


Kuantan: Seorang pesakit kanser darah, Zaki Mohd Yamani melakukan misi menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan konsep mengembara tumpang mulai Jumaat lalu sehingga 8 September depan.

Zaki, 27, berkata, tujuan dia melakukan misi berkenaan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit kanser terutama yang menghidapinya supaya tidak berputus asa melawan penyakit itu.

Katanya, idea menjelajah negeri di Semenanjung Malaysia sudah lama dirancang iaitu selepas kanser itu dihidapinya pada Julai 2014 namun ia baru dapat direalisasikan.

"Mulanya saya merancang hendak menjelajah ke luar negara kerana konsep 'hitch-hiking' cukup popular di sana, namun memandangkan kekangan kewangan serta bimbang tahap kesihatan saya lakukannya dalam negara.

"Pada mulanya saya merancang hanya untuk ke utara Semenanjung Malaysia dari rumah di Kampung Bukit Rang 2, Jerantut, tetapi selepas itu saya ubah dan rancang menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 2:01 PM