KAKI judi sabung ayam yang ditahan dalam serbuan di Kampung Wadihana Johor Bahru petang tadi.
KAKI judi sabung ayam yang ditahan dalam serbuan di Kampung Wadihana Johor Bahru petang tadi.
Oleh Zainuz Fitri

Johor Bahru: Polis Johor tangkap 25 kaki judi ayam sabung dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Kampung Wadihana di sini, 4 petang tadi.

Serbuan dilakukan Bahagian Pencegahan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Turus D7 IPK Johor selaku ketua operasi Deputi Superintenden Abu Shah berkata, serbuan bersama lima pegawai dan 19 anggota itu dilakukan hasil intipan selepas mendapat maklumat awam.

Katanya, selain kaki judi termasuk warga asing, pihaknya turut merampas wang pertaruhan berjumlah kira-kira RM6,000.

"Kita percaya sekurang-kurangnya 11 ekor ayam digunakan dalam aktiviti itu ketika serbuan," katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke IPK Johor untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Disember 2014 @ 8:56 PM