SEBAHAGIAN daripada kaki judi sabung ayam yang ditahan.
SEBAHAGIAN daripada kaki judi sabung ayam yang ditahan.
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Hulu Selangor: Seorang bapa yang juga ‘kaki judi’ tegar sengaja membawa bersama anak lelakinya berusia enam tahun untuk turut sama bertaruh sabung ayam di dalam belukar.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mengajar anaknya kaedah pertaruhan dilakukan di gelanggang sabung ayam terletak di kawasan ladang kelapa sawit di Ulu Yam Lama di sini.

Aktiviti perjudian haram itu bagaimanapun terbongkar selepas kawasan itu diserbu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sekitar jam 5 petang kelmarin.

Hasil serbuan mengejut itu, seramai lapan lelaki tempatan berjaya diberkas polis ketika sedang leka bertaruh sabung ayam di lokasi itu.

Sumber berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), IPK Selangor hasil dari intipan dilakukan sejak dua minggu lalu.

“Lokasi itu dikesan menjadi ‘sarang’ kaki judi sabung ayam berkumpul untuk bertaruh setiap hujung minggu.

“Mereka akan bertaruh membabitkan wang ratusan hingga ribuan ringgit bagi setiap pertarungan ayam. Kegiatan itu yang didalangi warga asing Indonesia turut disertai oleh ‘kaki judi’ di kalangan lelaki tempatan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:08 AM