Gambar fail Bekas Presiden Singapura S R Nathan pada November 2006. - Foto EPA
Gambar fail Bekas Presiden Singapura S R Nathan pada November 2006. - Foto EPA
BERNAMA

Singapura: Bekas Presiden Singapura S R Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam ini, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura.

"Perdana Menteri serta anggota Kabinet lain sedih mendapat berita kematian Encik S R Nathan dan mengucapkan takziah kepada keluarganya," tambah kenyataan

PMO itu.

Menurutnya urusan pengebumian serta waktu untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 11:30 PM