BANGUNAN Perdana Putra, Putrajaya. FOTO Bernama.
BANGUNAN Perdana Putra, Putrajaya. FOTO Bernama.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan tertentu.

PMO berkata, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi kesan negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi kerajaan.

"Justeru, PMO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk membabitkan sudut perundangan terhadap pihak yang berkenaan dengan perkara sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dalam Sidang Dewan Rakyat mendedahkan seorang lelaki mengaku dirinya Deepak menghubunginya dan mendakwa mewakili syarikat pengimport telur.

Lelaki terbabit mendakwa sudah berbincang dengan PMO supaya Ka Siong membuat satu kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2023 @ 6:08 PM