FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim

Kuala Kubu Bharu: Dua unit kedai setingkat hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Chuang, Rasa di sini, jam 3 petang tadi.

Kejadian di Jalan Chuang 1A itu memusnahkan 80 peratus kedai peralatan sembahyang agama Buddha.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, bomba menerima panggilan jam 3.07 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.

"Seramai 22 pegawai dan anggota bomba terbabit dalam operasi pemadaman dibantu jentera BBP Rawang dan BBP Batu Arang.

"Api berjaya dikawal 30 minit kemudian dan tiada mangsa atau kecederaan serta kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Menurutnya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 4:48 PM