KENDERAAN terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KENDERAAN terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Tiga termasuk dua warga emas maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara berhampiran Machap, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa yang maut adalah Tan Ah Kim, 86, Gan Kim Leng, 74, dan Lai Kuen Seng, 47.

Mangsa yang cedera pula adalah K Jaya berusia 64 tahun dan semua mangsa berasal dari Melaka.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan Isyadi Dani, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.51 petang dan dua jentera dari balainya serta Simpang Renggam dikejarkan ke lokasi.

"Tiga mangsa termasuk seorang lelaki dan wanita warga emas disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi parah," katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa yang berasal dari Melaka itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Johor Bahru.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 7:57 PM