MOHD Azhar (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barang kes yang dirampas. FOTO Mohd Adam Arinin

Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Dua kumpulan dipercayai terbabit dalam jenayah pecah rumah, kedai dan curi tumpas dengan tertangkapnnya sembilan individu termasuk seorang wanita di sekitar bandar raya ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Mohd Azhar Hamin berkata, penahanan dua kumpulan ini susulan daripada Operasi Khas yang dilancarkan 6 hingga 13 Ogos lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

"Dua kumpulan ini dikenali sebagai Geng Itam dan Geng Mon bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah dan kedai serta curi di sekitar bandar raya ini.

"Dengan tertangkapnya dua kumpulan ini pelbagai barang dirampas seperti kereta, televisyen, komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai peralatan pecah rumah," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kumpulan ini terbabit lima kes pecah rumah dan tiga kes pecah kedai serta satu kes mendatangkan kecederaan dengan membabitkan kerugian sebanyak RM71,000.

"Hasil siasatan mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

"Semua suspek berusia 15 hingga 34 tahun direman mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

AZHAR menunjukan barang rampasan susulan penahanan dua kumpulan di sekitar Kota Kinabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 6:31 PM