Anggota bomba dan penyelamat diminta membantu memotong rantai yang mengikat seorang wanita. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba dan penyelamat diminta membantu memotong rantai yang mengikat seorang wanita. FOTO ihsan bomba
Mohd Hasbi Sidek


Serdang: Seorang wanita diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas ditemui dirantai dari leher hingga badan di hadapan Kompleks 3K, Serdang Raya, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya diminta membantu memotong rantai itu jam 9.34 pagi.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang ke lokasi memotong rantai menggunakan pemotong.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis," katanya.

Sementara, jurucakap polis ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif dan punca wanita itu dirantai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 4:32 PM