Michael Phelps (USA) of USA congratulates Joseph Schooling (SIN) of Singapore after Schooling won the gold. FOTO Reuters
Michael Phelps (USA) of USA congratulates Joseph Schooling (SIN) of Singapore after Schooling won the gold. FOTO Reuters


Singapura: “Anda membuat kami berasa amat bangga hari ini,” kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kepada Joseph Isaac Schooling.

Joseph memenangi pingat emas Olimpik pertama untuk Singapura.

“Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Joseph Isaac Schooling di atas kejayaannya meraih pingat emas bersejarah, dan mencatatkan rekod Olimpik 50.39 saat untuk acara 100m kuak kupu-kupu.

“Ini adalah pingat emas Olimpik yang pertama bagi Singapura, dan pingat pertama kami di #Rio2016.

“Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa, untuk bersaing dalam kalangan yang terbaik di dunia, kekal fokus, dan muncul juara. Tahniah sekali lagi kepada Joseph, anda membuat kami berasa amat bangga hari ini,” katanya dalam entri terbaru beliau di Facebook.

Dalam acara itu hari ini, Schooling menewaskan perenang idolanya dari Amerika Syarikat, Michael Phelps, yang mencatat 51.14s bersama-sama dengan perenang Afrika Selatan, Chad le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.

Perenang muda Singapura itu turut memecahkan rekod 50.58s yang dicipta Phelps pada Olimpik Beijing 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:05 PM