GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Polis menahan wanita dipercayai menikam perut suaminya dengan pisau di rumah di Flat Taman Desa Rasah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan sebaik suaminya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini akibat kecederaan dialami.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun berselisih faham dengan isterinya sebelum suspek bertindak menikam perutnya.

"Wanita itu ditahan di rumah mereka dan pisau berukuran 25 sentimer panjang dirampas," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 7:07 PM