HAFIFI Mansor gagal mengangkat bebanan144kg acara snatch bawah 69kg di Pavillion 2 Riocentro. FOTO Rosli Rahmat.
HAFIFI Mansor gagal mengangkat bebanan144kg acara snatch bawah 69kg di Pavillion 2 Riocentro. FOTO Rosli Rahmat.
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Atlet angkat berat negara Hafifi Mansor berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan angkatan bebanan keseluruhan 316kg dalam kategori 69kg pada temasya Sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.

Hafifi, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014, melakukan angkatan 140kg dalam acara snatch sebelum mengangkat bebanan 176kg bagi acara clean & jerk di Pavilion 2 Riocentro.

Rekodnya sebelum ini 313kg dilakukan pada Kejohanan Dunia di Paris lima tahun lalu.

Keputusan itu bagaimanapun menyaksikannya berakhir di tangga ke-13 daripada 21 peserta.

Pingat emas dimenangi peserta China, Shi Zhiyong (352kg), perak Daniyar Ismayilov dari Turki (351kg) manakala gangsa Izzat Artykov dari Kyrgyzstan (339kg).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 9:25 AM