BERAS pulut yang dirampas. FOTO ihsan APMM
BERAS pulut yang dirampas. FOTO ihsan APMM
Hamzah Osman


Langkawi: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi mematahkan cubaan menyeludup masuk beras pulut dari negara jiran tanpa permit bernilai RM1,350 untuk dijual di negara ini, malam tadi.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 1 Langkawi, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, pihaknya yang melakukan rondaan pada 12.10 tengah malam dengan Bot Peronda APMM DM 1 mengesan bot fiber bergerak ke arah Muara Sungai Kisap di sini, dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pihaknya kemudian mengekori dan menahan bot itu 10 minit kemudian dan hasil pemeriksaan mendapati awak-awak warga tempatan bersama lelaki warga Thailand berusia19 dan 29 tahun berada di dalam bot itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui beras pulut sejumlah 270 beg yangdianggarkan bernilai RM1,350.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut barang tanpa permit yang sah dan kesemuanya dirampas untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zulkarnain berkata, APPM berharap semua komuniti maritim dapat memberi kerjasama dalam menangani isu jenayah maritim dan keselamatan di laut.

Jika berlaku sebarang kejadian boleh hubungi terus melalui talian MERS ,999 atau04-9662750 (Bilik Operasi DM 1 LANGKAWI).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 7:02 PM