FOTO ihsan Polis
FOTO ihsan Polis
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Polis Kontinjen Johor menahan seramai 47 individu berusia 16 hingga 47 tahun membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas 2/2016 di seluruh negeri ini bermula 4 Ogos hingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi disertai 115 anggota dan 29 pegawai turut menahan tiga warga asing mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen membabitkan seorang wanita China dan dua lelaki warga India.

"Dalam operasi itu seramai 419 orang diperiksa dengan pecahan 377 lelaki, manakala bakinya wanita, serta empat lain-lain bangsa berusia 17 tahun hingga 61 tahun.

"Empat individu antara individu paling dikehendaki, manakala 26 orang pula ditangkap mengikut Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, turut dirampas satu set komputer, notebook, telefon bimbit, mikrofon, cakera padat (CD), cakera padat digital (DVD), alatan audio dan speaker.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 2:40 PM