KEDAI emas yang hampir dirompak.
KEDAI emas yang hampir dirompak.
Oleh Salman Hamat


Bukit Mertajam: Lima penyamun tidak sempat melakukan rompakan selepas pintu automatik premis dimasuki itu tiba-tiba tertutup secara perlahan-lahan, dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Stesen, 4.50 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, suspek yang panik kemudian bertindak melarikan diri bagi mengelak daripada terperangkap dalam premis itu.

"Pintu berkenaan secara tiba-tiba mula tertutup sebaik meja pameran daripada kaca itu dipecahkan suspek.

"Kami tidak menolak kemungkinan ia adalah sebahagian daripada sistem keselamatan dipasang di premis itu dan sedang melakukan siasatan lanjut berhubung perkara itu," katanya.

Ketika kejadian terdapat pekerja dalam premis berkenaan namun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 7:13 PM