Zainol Rahim (kanan) bersalaman dengan jemaah yang turun dari bas
Zainol Rahim (kanan) bersalaman dengan jemaah yang turun dari bas
Safar Ahmad


Madinah: Seramai 442 kumpulan pertama jemaah haji Malaysia melalui penerbangan KT01 tiba di Hotel Anuwar Movenpick di sini jam 3.30 petang (8.30 malam waktu Malaysia) sebentar tadi.

Mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Turut menyambut ketibaan mereka adalah Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohammad Ali Selamat, Timbalan Pengerusi Muassasah Adila' Kamal Ahmed Khalifa, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Nurrinanuwar Shamsuddin dan Konsul Haji Malaysia di Jeddah Datuk Redhuan Sabaruddin.

Sebelum itu, kumpulan jemaah berkenaan serta 47 petugas haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad bin Abdul Aziz, Madinah jam 8.30 pagi tadi.

Zainol Rahim menasihatkan semua jemaah supaya menjaga nama baik negara serta menjaga kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 12:39 AM