ABDULL Rahim bersama Nooraini menunjukkan salinan laporan polis dan gambar anaknya. FOTO Rahmat Othman
ABDULL Rahim bersama Nooraini menunjukkan salinan laporan polis dan gambar anaknya. FOTO Rahmat Othman
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Seorang ibu mengharapkan anak perempuannya, Noor Azliza Abdull Rahim, 17, pulang segera ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri sejak Ahad lalu.

Nooraini Hussein, 43, dari Rumah Murah Kuala Kedah berkata, kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu hanya disedari anak sulungnya, Noor Azlina, 23, selepas pulang daripada berniaga kira-kira 1 tengah hari kejadian.

Katanya, mereka sekeluarga terutama bapanya, Abdull Rahim Yahaya, 47, sudah mencari Noor Azliza di semua tempat termasuk di sekolah dan rumah rakan tetapi gagal mengesan di mana anaknya berada.

"Cuma saya dimaklumkan dia (Azliza) berkenalan dengan seorang lelaki dari Selangor melalui aplikasi WeChat sejak dua bulan lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa sebelum dilaporkan hilang.

"Saya mendapat maklumat daripada rakannya yang dia pernah beritahu mahu pergi jauh tetapi tidak tahu ke mana.

"Saya mengesyaki dia mengikut lelaki itu tetapi tak tahu di mana dia berada sekarang dan saya bimbangkan keselamatan dirinya kerana bakal menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.

Dia sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kuala Kedah pada hari kejadian dan sesiapa yang menemui anaknya boleh menghubungi suaminya di talian 017-4261670 atau balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 5:30 PM