TIMBALAN Menteri Pendidikan II. Senator Chong Sin Woon (tengah) ketika hadir pada majlis Persidangan Sekolah Amanah 2016 dan diiringi Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda (kiri) di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Kementerian Pendidikan akan memperluaskan Sekolah Amanah membabitkan pelbagai jenis sekolah seperti kumpulan minoriti, murid berkeperluan khas dan sekolah luar bandar.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Chong Sin Woon berkata cadangan itu bagi melihat masa depan yang cerah, jika program ini dikembangkan kelak.

"Kementerian bukan saja bercadang menambah bilangan sekolah, tetapi juga jenis sekolah yang terbabit.

"Ia akan dikembangkan kepada kumpulan minoriti, murid berkeperkuan khas dan sekolah luar bandar," katanya selepas merasmikan Persidangan Sekolah Amanah 2016 di Hotel Berjaya Waterfront di sini, hari ini.

Persidangan tiga hari bertemakan Inovasi MenjanaKelestarian Transformasi Pendidikan disertai 900 peserta membabitkan murid dan pelajar dari sekolah amanah di sembilan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Mengulas lanjut katanya, kementerian mensasarkan 700 Sekolah Amanah akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 12:17 PM