SEBUAH stor menyimpan tilam musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja awal pagi. FOTO ihsan bomba
SEBUAH stor menyimpan tilam musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja awal pagi. FOTO ihsan bomba
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Sebuah stor menyimpan tilam musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Mohamad Shamsuddin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.13 pagi sebelum 25 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya turut mendapat bantuan BBP Darul Naim dan Pengkalan Chepa.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, stor berkenaan sudah 100 peratus terbakar.

"Kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengawal api daripada terus merebak ke bangunan berhampiran dan api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 3.30 pagi," katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 2:02 PM