HAMZAH (tiga kiri) bersama Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Rosley Abdullah (tiga kanan) dan Ketua Unit Perihal Dagangan negeri, Rohaimi Mohd Zawawi (dua kanan) serta pegawai KPDNKK menunjukkan rampasan produk tiruan kopi herba. FOTO Rasul Azli Samad

Norizzah Baharuddin

Melaka: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka, rampas 25,085 paket kopi herba tiruan bernilai RM56,418 dalam operasi khas di beberapa lokasi di negeri ini, semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Hamzah Mahadi berkata, serbuan bermula 11 pagi hingga 3 petang itu dilakukan di premis perniagaan di Kota Melaka dan Pokok Mangga di Melaka Tengah manakala sebuah lagi di daerah Jasin.

"Serbuan dilakukan selepas kami menerima aduan daripada pemilik cap dagangan kopi berkenaan dan pemeriksaan mendapati tiga premis terbabit menjual produk tiruan.

"Wakil syarikat terbabit turut serta ketika serbuan bagi membantu kami untuk mengenal pasti perbezaan antara produk tiruan dan tulen kerana hanya mereka yang tahu ciri keselamatan pada pembungkus kopi berkenaan," katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK negeri, di sini, hari ini.

Pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 12:54 PM