KEADAAN bank yang terbabit dalam kejadian letupan pagi tadi.
KEADAAN bank yang terbabit dalam kejadian letupan pagi tadi.
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Muadzam Shah: Sebahagian premis sebuah bank di Muadzam Shah mengalami kerosakan teruk dalam kejadian letupan yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Muadzam Shah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.50 pagi.

"Siasatan sedang dijalankan dan belum dapat dipastikan ada wang dilarikan ataupun tidak.

"Kita masih mengenal pasti motif kejadian dan individu yang terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Difahamkan bahagian yang diletupkan adalah yang menempatkan mesin deposit (CDM) dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Impak letupan itu cukup kuat sehingga menyebabkan cermin di bahagian belakang premis berkenaan turut pecah.

"Polis menutup keseluruhan blok bangunan bagi melakukan siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 9:01 AM