NUR Syafiqah Saj (kanan) dan Nerosha menamatkan saingan di tempat pertama selepas berkongsi jatuhan pin. FOTO Bernama
NUR Syafiqah Saj (kanan) dan Nerosha menamatkan saingan di tempat pertama selepas berkongsi jatuhan pin. FOTO Bernama
Saiful Affendy Sapran dan Ferzalfie Fauzi


Kuching: Skuad boling tuan rumah mencipta sejarah tersendiri pada hari pertama acara tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 apabila atlet perseorangan wanita, Nerosha Kelight dan Nur Syafiqah Sajeli berkongsi pingat emas.

Kedua-dua atlet tuan rumah itu mengumpul 1,241 jatuhan pin dalam acara perseorangan wanita di Megalane Bowling Centre Emart, Batu Kawah.

Sementara itu, pingat gangsa acara berkenaan diraih Nur Syafiqah Mustafa yang melakukan 1,215 jatuhan pin.

Sebelum ini di SUKMA Pulau Pinang 2000, pasukan Pulau Pinang dan Kedah berkongsi emas dalam acara beregu wanita, melalui gandingan tuan rumah, Ong Pei Yee-Mak Choong Yee dan Hoe Wook Siang-Low Shi Yien yang melakukan 2,302 jatuhan pin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 4:46 PM