KEJADIAN di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Taman Tuanku Jaafar, di sini, dirompak, awal pagi tadi.
KEJADIAN di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Taman Tuanku Jaafar, di sini, dirompak, awal pagi tadi.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Dua lelaki yang merompak sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Taman Tuanku Jaafar, di sini, bukan saja mengambil wang tunai berjumlah RM3,597 sebaliknya turut melarikan mesin juruwang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 1.30 pagi, suspek yang menaiki dua motosikal memecahkan pintu kaca premis menggunakan parang.

Katanya, penjenayah itu kemudian memasuki premis dan mengacukan parang terhadap juruwang stesen minyak berkenaan.

"Sebaik diacu parang di leher, mangsa lelaki Bangladesh berusia 36 tahun ketakutan dan terpaksa mendiamkan diri.

"Penjenayah terbabit mengambil dua mesin juruwang mengandungi RM3,597 dan melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 5:44 PM