LEONARD Nimoy.
LEONARD Nimoy.
DARI kiri Chris Pine, Sofia Boutella, Anton Yelchin dan Simon Pegg.
DARI kiri Chris Pine, Sofia Boutella, Anton Yelchin dan Simon Pegg.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
ANTARA babak menarik Star Trek Beyond.
Susunan Oleh Michelle Gun

Penantian panjang peminat setia Star Trek menyaksikan sambungan kisah kru USS Enterprise meneruskan misi lima tahun mereka meneroka planet baru berakhir semalam dengan tayangan filem Star Trek Beyond di seluruh negara.

Masih mengekalkan barisan pelakon lama, siri ‘reboot’ ketiga Star Trek itu turut menjadi ‘tribute’ kehilangan dua bintang karya fiksyen sains terkenal berkenaan iaitu Leonard Nimoy dan Anton Yelchin.

Nimoy, 83, memegang watak sebagai Spock Prime dalam siri televisyen dan filem Star Trek meninggal dunia pada Februari tahun lalu sebelum pengambaran Star Trek Beyond bermula.

Pemergian Nimoy sudah dijangka kerana pelakon itu menderita penyakit kronik namun kematian Yelchin, 27, akibat nahas kereta di kediamannya bulan lalu mengejutkan semua.

Ketiadaan pengemudi pesawat USS Enterprise, Pavel Chekov itu masih dirasai barisan pelakon yang mengenalinya sejak siri pertama reboot Star Trek tujuh tahun lalu.

Ucapan khas turut disampaikan pengarah Justin Lin dan Zachary Quinto di tayangan perdana Star Trek Beyond di London baru-baru ini.

Lin dalam ucapan ringkasnya memuji bakat dan kesungguhan Yelchin dalam bidang lakonan.

“Masih sukar untuk saya menerima hakikat dia sudah tiada. Yelchin selalu mengingatkan saya supaya senyum setiap hari. Dia juga seorang yang unik kerana mempunyai pelbagai minat dan idea,” katanya.

Quinto yang terkenal dengan watak Komander Spock berpendapat penghormatan perlu diberikan kepada Nimoy di atas sumbangannya terhadap Star Trek.

“Hubungan saya dan Nimoy bukan setakat di tempat kerja malah kami sahabat karib. Sejak mengenalinya, dia menjadi orang penting dalam hidup saya.

“Saya sangat merinduinya. Oleh kerana itu, saya mahu melakukan sesuatu agar dia sentiasa dikenang,” katanya.

Dalam laporan berita lain, penulis skrip dan pelakon layar Simon Pegg berkata perasaan sedih menyelubunginya apabila menonton Yelchin beraksi dalam Star Trek Beyond.

“Seronok dapat melihat Yelchin di layar perak dan karya itu menandakan dia sentiasa ada walaupun sudah meninggal dunia,” katanya.

Tidak melupakan jasa Nimoy, Pegg berkata dia dan Doug Jung menamatkan Duta Spock dengan mengumumkan kematian karakter berkenaan dalam Star Trek Beyond.

“Memang ada perancangan untuk buat sesuatu bagi mengenang jasa Nimoy dan timbul idea menjadikan dia sebahagian daripada filem ini,” katanya.

Isnin lalu, Paramount Pictures mengumumkan pembikinan filem keempat Star Trek membabitkan bapa Kapten Kirk yang sudah meninggal dunia.

Karya ke-13 siri francais filem Star Trek ini masih mengekalkan barisan pelakon iaitu Chris Pine, Zachary Quinto, Karl Urban, Simon Pegg, Zoe Saldana, John Cho dan Anton Yelchin.

Ia turut dibintangi pelakon terkenal Idris Elba dan Sofia Boutella menerusi watak baru yang diwujudkan.

Dalam filem ini, pesawat USS Enterprise diserang teruk sekumpulan makhluk asing tidak dikenali ketika cuba membantu menyelamatkan kru yang terkandas di sebuah planet.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 11:58 AM