FABIANSKI (kanan) dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas  Sakho.
FABIANSKI (kanan) dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas Sakho.

London: Penjaga gol Swansea, Lukasz Fabianski terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Tottenham Hotspurs, Ahad ini selepas dikenakan penggantungan satu perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.

Rayuan pemain antarabangsa Poland itu ditolak dalam satu perbicaraan yang diadakan kelmarin.

Fabianski diperintah keluar padang ketika Swansea tewas 1-3 kepada West Ham pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Liberty, Ahad lalu.

Penjaga gol itu dilayang kad merah oleh pengadil Chris Foy pada minit ke-68 berikutan kekasaran dilakukan terhadap Diafra Sakho.

Pengurus Swansea Garry Monk mendakwa Sakho memegang bola terlebih dulu sebelum dikasari Fabianski, menyebabkan kelab itu mengemukakan rayuan.

Suruhanjaya bebas peraturan FA menolak rayuan Swansea dan tidak membenarkan Fabianski beraksi menentang Spurs di Stadium Liberty, Ahad ini.

“Pemain Swansea City, Lukasz Fabianski digantung satu perlawanan hasil perbicaraan Suruhanjaya Bebas Peraturan selepas melakukan kekasaran,” jelas FA. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 7:04 AM