KLOPP (kanan) tidak puas hati dengan permainan anak buahnya yang gagal atasi Swansea. -Foto Reuters
KLOPP (kanan) tidak puas hati dengan permainan anak buahnya yang gagal atasi Swansea. -Foto Reuters
AFP

SWANSEA: Jurgen Klopp menyalahkan pemainnya kerana terbabit dalam ‘pergaduhan’ di Swansea City ketika rekod 18 perlawanan tanpa kalah mereka lebur di tangan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris.

Liverpool gagal meraih keputusan seri untuk menjauhkan diri daripada Tottenham di tangga kelima apabila tewas kepada gol tunggal Alfie Mawson – malah Klopp sendiri terbabit dalam perbalahan dengan penyokong tuan rumah.

Ia adalah kekalahan pertama Liverpool sejak Oktober lalu namun mata itu cukup bernilai buat Swansea yang berjaya merapatkan jurang dengan pasukan di luar zon penyingkiran kepada hanya tiga mata.

“Saya benar-benar kecewa dengan permainan berbanding keputusannya,” kata Klopp.

“Kami tidak cukup bagus, khususnya pada separuh masa pertama. Kami tidak bermain dengan cara yang kami mahukan.

“Kami tidak mempertahankan posisi dan mendatangkan masalah buat mereka dan langsung tidak menguji mereka.

“Kami memberikan peluang kepada mereka melakukan jaringan dan lakukan apa yang Swansea mahukan.

“Mereka tidak perlu bermain, mereka perlu berjuang dan kami ikut apa yang mereka lakukan dan keyakinan mereka bertambah.

Liverpool mensia-siakan banyak peluang yang biasanya disempurnakan Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino.

Mereka juga berdepan penjaga gol yang hebat dalam sukan itu iaitu penyarung jersi nombor satu Swansea dari Poland Lukasz Fabianski.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 January 2018 @ 11:16 AM