ZAHRAH (kanan) berbual dengan Mek Som di rumahnya Kampung Tanjung Rendang, Lemal. FOTO Fathil Asri
ZAHRAH (kanan) berbual dengan Mek Som di rumahnya Kampung Tanjung Rendang, Lemal. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail


Pasir Mas: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menziarah dan menghulurkan bantuan kepada Mek Som Mat Diah, 89, yang putus pergelangan kaki kirinya akibat ditetak oleh remaja di Kampung Tanjong Rendang, Lemal, Pasir Mas, hari ini.

Sumbangan pelbagai barang keperluan termasuk kipas dan tilam itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Daud dan Ketua Komunikasi Korporat SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri.

Zahrah berkata, SSM simpati dengan nasib yang menimpa Mek Som dan terpanggil untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebannya .

Katanya, ini lawatan yang kedua SSM selepas lawatan pertama oleh Pengarah SSM Negeri Kelantan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian baru-baru ini.

"Bantuan yang dihulurkan kepada Mek Som supaya beliau dapat meneruskan kehidupan seharian.

"Apa yang dilakukan oleh SSM ini turut mendapat sokongan positif daripada Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berharap Mek Som dapat menjalani kehidupannya dengan lebih baik,"katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporlan pergelangan kaki kiri Mek Som putus dikerat seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati kerana warga emas itu enggan memberinya wang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 1:53 PM