WAN Ahmad Nizam menunjukkan surat peletakkan jawatan Marzuki. FOTO Mohd Syafiq Ambak
WAN Ahmad Nizam menunjukkan surat peletakkan jawatan Marzuki. FOTO Mohd Syafiq Ambak
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan ketua jurulatih skuad Terengganu, Ahmad Yusoff dan menerima peletakan jawatan pengurus, Marzuki Sulong.

Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Abd Hamid mengumumkan keputusan itu selepas mengadakan mesyuarat khas, di sini, hari ini, berikutan prestasi buruk pasukan itu hingga terkeluar dalam saingan Piala FA selepas tewas kepada Selangor PKNS 1-3, Jumaat lalu.

Menurutnya, Ahmad direhatkan berkuat-kuasa hari ini selama tiga hingga empat perlawanan dan tempatnya digantikan penolongnya, John Mulvey.

Katanya, persatuan terbabit turut menerima peletakan jawatan Marzuki sebagai pengurus pasukan bermula semalam.

Prestasi pasukan Terengganu yang mengutip tiga mata dalam saingan Liga Super hasil kemenangan ke atas Pulau Pinang dan tewas kepada Kedah mengundang kritikan peminat bola sepak negeri yang melancarkan kempen merombak jurulatih dan pengurusan pasukan di laman sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 6:32 PM