ONEREPUBLIC bakal tampil dengan album lebih hebat.
ONEREPUBLIC bakal tampil dengan album lebih hebat.
Georgie Joseph (Yang menemu bual OneRepublic di ManilaFilipina dan baru-baru ini)


Apabila berbicara mengenai komposisi muzik yang unik, OneRepublic adalah antara nama dominan.

Nama band asal Colorado, Amerika Syarikat (AS) ini tidaklah segah Coldplay, namun bakat muzik mereka sangat disanjungi.

Dianggotai Ryan Tedder (penyanyi), Zach Filkins (gitar), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bass), mana-mana pendengar pasti mudah mengesan lagu mereka di radio disebabkan identitinya kukuh.

Secara ringkas, komposisi lagu OneRepublic dalam kategori ‘catchy’, mendalam, rancak, dan sarat dengan permainan instrumental.

Namun, dalam pada sudah mendapat rentak menghasilkan melodi hebat dan pasti menjadi, rupa-rupanya mereka tidak pernah berpuas hati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 6:16 AM