Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Semua aktiviti membabitkan penerbangan dron di Putrajaya perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi kenyataan melalui Facebook (FB) berkata, sebelum permohonan dikemukakan kepada DCA, penganjur perlu mendapatkan surat kebenaran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri.

"Surat kelulusan CGSO diperlukan kerana seluruh kawasan Putrajaya adalah tertakluk di bawah Kawasan Sasaran Penting Malaysia.

"Oleh itu, setiap aktiviti membabitkan dron sama ada di darat dan udara bagi semua acara serta festival di Putrajaya memerlukan kelulusan CGSO,"katanya.

Menurutnya, sebarang permohonan yang dikemukakan kepada DCA tanpa surat kebenaran dari CGSO akan ditolak.

"Orang ramai boleh menghubungi DCA bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 9:34 PM