Oleh Nor Faizah Mohamed

Mahukan kulit cerah namun sukar menghilangkan kesan pori, minyak berlebihan dan kusamnya wajah? Ia perkara biasa, malah rata-rata wanita mengalaminya hingga dirasakan mustahil untuk mendapatkan kulit mulus tanpa bantuan mekap.

Garnier bagaimanapun berusaha memberikan kesan penjagaan kulit yang lebih baik menerusi rangkaian pembersih wajah DuoClean yang menggabungkan dua bahan berkuasa dari alam.

Dua formula berbeza dipilih bagi memberi tumpuan kepada beberapa masalah kulit, di samping memberikan efek cerah berseri.

Pembersih wajah DuoClean Rice Powers membantu menyingkirkan kotoran dan mengatasi masalah liang pori besar, sekali gus memberikan kesan wajah lebih cerah.

Diperkaya dengan beras putih dan ekstrak beras hitam yang bertindak sebagai antioksidan dan antitirosina, pembersih ini turut membantu menjaga keadaan kulit supaya berterusan mulus dan bebas jeragat.

Sementara itu, pembersih DuoClean Mineral Powers membantu mereka yang mengalami masalah kulit berminyak terutama di sekitar dahi dan hidung.

Pembersih ini dirumus dengan tanah liat dan mineral lautan yang membantu mengawal pengeluaran minyak, selain menyingkirkan sel kulit mati di seluruh wajah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:03 AM