JENAZAH Allahyarham Tamam Idris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.
JENAZAH Allahyarham Tamam Idris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Jenazah pelakon veteran Tamam Idris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras di sini, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba pada 9.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Mukhsin, di sini.

Lebih 100 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan artis serta penggiat seni tanah air menghadiri majlis pengebumian berkenaan.

Majlis pengebumian turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tamam meninggal dunia akibat pendarahan dalam perut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 11.50 malam tadi.

Berita berkaitan:

Tamam Idris sudah tiada

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 10:37 AM