Pekerja membaiki pintu kaca stesen minyak di Putra Heights yang dirempuh penjenayah, pagi tadi.
Pekerja membaiki pintu kaca stesen minyak di Putra Heights yang dirempuh penjenayah, pagi tadi.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Subang Jaya: Seorang penjenayah nekad merempuh pintu kaca stesen minyak di Putra Heights, di sini, pagi tadi menggunakan lori satu tan untuk melarikan mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM), namun gagal .

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, tindakan pantas anggota polis menggagalkan cubaan penjenayaah berkenaan yang dipercayai mahu melarikan mesin ATM itu dengan menariknya menggunakan lori.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari pekerja stesen minyak berkenaan sebelum menghubungi polis.

Katanya, terdapat dua lagi lelaki menaiki van jenis Nissan Vannete menunggu di luar stesen minyak bersama seorang lagi lelaki yang menunggang motosikal dan mereka turut terbabit dalam cubaan melarikan mesin ATM itu.

"Polis yang menerima panggilan terus ke lokasi kejadian menyebabkan suspek gagal melarikan mesin ATM berkenaan. Anggota unit peronda mengejar suspek yang melarikan diri sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar van dinaiki sebelum terbabas.

"Seorang daripada penumpang van berjaya ditahan manakala empat lagi suspek termasuk yang memandu lori melarikan diri dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 4:46 PM