PASUKAN Hazmat melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam makmal. FOTO ihsan bomba
PASUKAN Hazmat melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam makmal. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Ipoh: Cecair merkuri dalam sebuah termometer tumpah di makmal sains sebuah sekolah di Hutan Melintang, jam 5 petang semalam.

Dalam kejadian itu, bomba menerima panggilan jam 5.15 petang sebelum mengerakkan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Tuan Soh Tuan Lah berkata, pihaknya mendapati cecair merkuri sebanyak 0.2 sentimeter padu yang berada dalam termometer berselerakan di atas lantai dipercayai akibat terjatuh.

Katanya, anggota Hazmat kemudiannya melakukan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan tiada tanda-tanda lebihan merkuri di atas lantai serta di sekitar makmal berkenaan.

"Bomba menyerahkan sisa bahan merkuri itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan jam 12.19 tengah malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 10:20 AM