Georgie Joseph & Sudirman Mohd Tahir


Keunikan suara yang dimiliki dua penyanyi muda ini berjaya membuatkan peminat jatuh cinta dengan mereka.

Berikan apa saja lagu, penyanyi sensasi aplikasi Smule, Khai Bahar dan naib juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Syamel mampu menyampaikannya dengan baik.

Berbekalkan bakat dimiliki itu, Khai dan Syamel mula mendaki populariti. Malah, nama mereka makin harum di persada muzik tempatan.

Bagi Khai atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Baharuddin, 22, populariti yang dikecapi sekarang datang secara kebetulan dan tidak pernah dirancang.

Malah, penampilannya di Smule berjaya mencetuskan fenomena sehingga ada yang menggelarnya sebagai Raja Smule.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 6:02 AM
SYAMEL (kiri) dan Khai memiliki suara unik.
SYAMEL (kiri) dan Khai memiliki suara unik.