MIRA berhasrat adakan rumah terbuka pada hujung Julai.
MIRA berhasrat adakan rumah terbuka pada hujung Julai.
Sudirman Mohd Tahir


Ketika ini tidak dinafikan nama pelakon cantik, Mira Filzah, 23, antara yang menjadi sebutan banyak pihak. Bukan saja memiliki penampilan menarik, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman hadir dengan bakat seni tersendiri.

Setiap peluang yang diberikan, Mira sedaya upaya memanfaatkan sebaik mungkin. Bagi Mira itu adalah kepercayaan pihak lain terhadap dirinya.

Tidak mustahil sejak mencipta populariti menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, jadual kerjaya Mira sentiasa padat sehingga ada ketika mengganggu kesihatannya.

Disebabkan itu juga, Mira menjelaskan segala persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal disambut kurang seminggu dari sekarang diserahkan sepenuhnya kepada ibu tercinta.

“Selepas pulang dari mengerjakan umrah pada 16 Jun lalu, saya terus bertolak ke Kuala Terengganu bagi menjalani penggambaran drama Meh Sandar Pada Aku. Ikut perancangan saya dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur semula dua hari sebelum raya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 8:40 AM