MUHAMAD Nor Haiqal ditemui dalam keadaan tidak bermaya. FOTO Shamsudin Husin
MUHAMAD Nor Haiqal ditemui dalam keadaan tidak bermaya. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin


Chukai: Misteri kehilangan remaja lelaki yang tidak pulang ke rumahnya di Bandar Cheneh Bahru sejak seminggu lalu terjawab apabila dia ditemui di Kuantan, kira-kira 2 petang tadi.

Muhamad Nor Haiqal A Manan, 14, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dipercayai oleh ahli keluarganya yang mencari di bandar berkenaan.

Ketika ditemui, Muhamad Nor Haiqal dipercayai lemah kerana tidak makan selama beberapa hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hasbullah Halipah berkata, mangsa ditemui selepas maklumat terbaru diterima semalam yang mengatakan remaja itu pergi ke Kuantan dengan menumpang lori tayar.

"Saya sudah mendapatkan pengesahan daripada pemandu lori berkenaan yang memaklumkan dia menumpangkan remaja itu sehingga ke pasar basah Kuantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan Muhamad Nor Haiqal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 10:19 PM