Ramlee pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini. FOTO Datu Ruslan Sulai
Ramlee pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini. FOTO Datu Ruslan Sulai
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: UMNO Semporna masih kuat walaupun selepas pengumuman mengejut Naib Ketua Bahagiannya Datuk Dr Jaujan Sambakong, beberapa ketua cawangan dan ahlinya untuk keluar parti, semalam.

Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban berkata, masih ramai lagi ahli jawatankuasa (AJK), pemimpin bahagian dan ketua cawangan yang setia pada parti.

"UMNO Semporna masih wujud. Dakwaan kira-kira 300 Ketua cawangan termasuk ketiga-tiga sayap parti sudah keluar adalah tidak betul," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Semporna Zakiah Kalipunya turut menyatakan sokongan terhadap pucuk pimpinan parti.

"Bagaimanapun, saya mengesa lembaga disiplin parti mempercepatkan siasatan terhadap tuduhan perlanggaran disiplin oleh (Datuk Seri) Mohd Shafie Apdal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 2:00 PM