SHEEMA (dua dari kiri) pada majilis perasmian pelancaran Produk Miracle White di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya.
SHEEMA (dua dari kiri) pada majilis perasmian pelancaran Produk Miracle White di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya.
Hafiz Ithnin

Kuala Lumpur: MS Secret Healthy Sdn Bhd (MS Secret), syarikat pengeluar produk suplemen kesihatan, Miracle White berhasrat menerokai pasaran Asia terutama di Brunei, Indonesia dan China sekali gus dapat mencapai unjuran RM500,000 nilai jualan keseluruhan pada tahun ini.

Miracle White yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diperakui halal adalah suplemen dalam bentuk minuman yang mempunyai fungsi menyeluruh bagi kecantikan serta kesihatan dalaman untuk penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sheema Abdullah Sani berkata, pihaknya menawarkan orang ramai untuk menjadi ejen jualan Miracle White dengan modal permulaan bermula daripada RM539 saja.

Beliau berkata, bagi usahawan yang berminat untuk menjadi pemborong Miracle White, pihaknya menawarkan potongan harga bagi pembelian borong sebanyak 50 peratus daripada RM19,800 kepada RM9,900.

“Kita menyasarkan untuk mempunyai 300 pengedar di seluruh negara bagi memasarkan produk ini ke pasaran tempatan dan MS Secret turut menawarkan peluang perniagaan ke pasaran asing yang disasarkan oleh syarikat sekiranya terdapat usahawan tempatan yang berminat.

“Syarikat yakin Miracle White mampu mendapat permintaan tinggi daripada pengguna memandangkan ia mempunyai fungsi yang bukan saja untuk kecantikan luaran seperti memutihkan kulit, malah mampu membakar lemak dan membuang angin di dalam badan pengguna,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Miracle White adalah produk yang dihasilkan oleh pengkaji tempatan dengan mengambil masa selama empat bulan tempoh kajian sebelum ia dikomersialkan. Malah, produk itu yang diperkaya dengan vitamin C berfungsi sebagai antioksida, mampu mencegah kanser, bertindak sebagai imunisasi untuk melawan pelbagai penyakit dan selamat untuk digunakan termasuk ibu mengandung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 7:05 AM