XHAKA (kanan) kelihatan sugul selepas sepakan penaltinya tersasar.
XHAKA (kanan) kelihatan sugul selepas sepakan penaltinya tersasar.

Saint-Etienne, Perancis: Xherdan Shaqiri menegaskan pemain baharu Arsenal Granit Xhaka boleh menangani kekecewaan Euro 2016 selepas kegagalannya menyempurnakan penalti membantu Poland ke suku akhir, awal pagi semalam.

Xhaka, yang akan menyertai Gunners selepas pusingan akhir Euro, mengambil sepakan penalti kedua Switzerland namun ia tersasar manakala Poland melengkapkan semua lima sepakan untuk menang 5-4 pada aksi penentuan.

“Dia kecewa, tapi inilah bola sepak dan kesilapan boleh berlaku,” jelas pemain sayap Stoke City Shaqiri yang muncul pemain terbaik perlawanan itu.

Jaringan menakjubkan sepakan gunting Shaqiri pada babak kedua menyaksikan Switzerland menyamakan kedudukan selepas Jakob Blaszczykowski meletakkan Poland di depan.

Dia berkata, Xhaka, yang dibeli Arsenal dari Borussia Moenchengladbach boleh menangani kekecewaan itu.

“Saya fikir Granit amat profesional dan dia boleh menangani perkara ini,” ujar Shaqiri.

Shaqiri yakin Xhaka mampu bangkit membantu Switzerland layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia dua tahun lagi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 8:46 AM