Anggota bomba dan penduduk membawa mayat mangsa ke darat untuk diserah kepada polis. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba dan penduduk membawa mayat mangsa ke darat untuk diserah kepada polis. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari


Tapah: Lelaki warga emas ditemui lemas dalam lombong di Jalan Pasar, Tapah Road, di sini, 3.03 petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Rosli Mat Kari, 80, sebelum itu dilaporkan hilang di lombong berkenaan pada 10.54 pagi ketika sedang menjaring ikan bersendirian dengan menaiki perahu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah,Rani Mat Hanafiah berkata, selepas menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong itu selepas perahunya tenggelam, pasukan menyelamat bertindak menjalankan operasi mencari mangsa.

"Ketika Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman pertama, mereka berjaya menemui perahu mangsa pada jarak 10 meter dari tebing.

"Selaman kedua pada 3.03 petang, PPDA menemui mayat mangsa pada kedalaman kira-kira 3 meter dan jarak 4 meter dari tebing," katanya.

Rani berkata, mayat mangsa kemudian di bawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 5:26 PM