TERTUDUH (baju putih, memakai cermi mata) dipenjara 14 bulan di Mahkamah Majistret. FOTO ihsan pembaca
TERTUDUH (baju putih, memakai cermi mata) dipenjara 14 bulan di Mahkamah Majistret. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Pengawal keselamatan dipenjara 14 bulan di Mahkamah Majistret, di sini tadi terhadap tuduhan menolong menyembunyikan wang tunai RM14,700, milik seorang pengurus kedai emas, tahun lalu.

Majistret Ahmad 'Adha 'Amir Yaseer Amri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Azmi Saip, 43, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menolong menyembunyikan wang RM14,700 ke dalam akaun Bank CIMB miliknya antara 6.57 petang hingga 7.06 petang pada 12 September 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 5:16 PM