Kuala Lumpur: Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan sebanyak RM20 juta yang diberi kerajaan bagi mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dan memberi tumpuan membawa francaisor yang layak ke peringkat global.

Pengerusinya, Datuk Mohd Latip Sarrugi berkata, pihaknya juga yakin dapat meningkatkan jumlah sumbangan industri francais lebih kurang RM24 bilion sekarang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, MFA akan meningkatkan lagi aktiviti pembangunan francais bagi memastikan semua pemain dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya sebagai persediaan menembusi pasaran luar negara.

"Buat masa ini, terdapat lebih kurang 750 francaisor atau jenama tempatan berdaftar dan kita akan mengenal pasti francaisor yang berkebolehan untuk menembusi pasaran antarabangsa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 5:09 AM