CANTIK digayakan meskipun bertudung.
CANTIK digayakan meskipun bertudung.
UNIK tema daun.
UNIK tema daun.
GABUNGAN klasik dan kontemporari.
GABUNGAN klasik dan kontemporari.
REKAAN berbeza bersama tali boleh diubah suai panjangnya.
REKAAN berbeza bersama tali boleh diubah suai panjangnya.
REKAAN lebih sarat.
REKAAN lebih sarat.
Nurul Husna Mahmud


Tidak lengkap jika menghadiri jamuan malam mahupun majlis keramaian tanpa aksesori seperti rantai menghiasi leher.

Pemilihan rantai mahupun loket sesuai boleh menyerlahkan gaya pemakainya dan itu pesona dimiliki rantai leher dipasarkan Seqoci.

Menurut Eksekutif Operasi Seqoci, Tassa Jalal, loket ditampilkan mempunyai elemen elegan selain reka bentuk unik bagi menyerlahkan ketrampilan penggayanya.

“Variasi rekaan rantai juga berbeza kerana ada motif geometri, flora mahupun gaya klasik mengikut kumpulan peminat tertentu. Malah jika mereka inginkan pelbagai gaya serta mencuba ‘trend’ baru, corak seperti kiub serta geometri memberi sesuatu berbeza.

“Material kami gunakan batu hiasan berkualiti serta logam tahan karat ‘stainless steel’ membuatkan ia menyuntik gaya mewah serta sesuai digayakan dalam majlis makan malam.

“Selain itu kami mempunyai seleksi klasik seperti Orked sesuai digayakan mereka mahu mengenakan busana lebih tradisional terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Harga bermula RM29 bergantung pada rekaan dan material. Tambah Tassa, disebabkan keunikan rekaan terbabit, pelanggan yang sering mendapatkan aksesori ini berusia sekitar 20-an hingga pertengahan 35 tahun.

Bagi yang ingin mendapatkan aksesori kalung berkenaan boleh melayari laman sesawang www.seqoci.com atau menerusi laman sosial Instagram, Facebook dan Twitter; Seqoci.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2016 @ 5:05 AM