MASTURA ketika sidang media. FOTO Khairull Azry Bidin
MASTURA ketika sidang media. FOTO Khairull Azry Bidin
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Kangsar: Datin Mastura Mohd Yazid menaruh harapan tinggi agar diberi peluang untuk meneruskan impian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar di Kuala Kangsar.

Pada sidang media terakhir sebelum waktu berkempen tamat tengah malam ini, beliau turut berterima kasih kepada semua termasuk jentera dan media yang membantu sepanjang kempen sejak 5 Jun lalu.

Katanya, dia berharap dapat meningkatkan majoriti yang dicapai arwah suaminya pada 2013 dan meminta jentera parti supaya terus berjuang sehingga pusat pengundian ditutup 5 petang esok.

"Saya dengan rasa rendah diri dan ikhlas memohon sokongan orang Kuala Kangsar. Ini tempat kita dan kita yang tentukan masa depan di sini.

"Saya diberitahu saya boleh keluar mengundi esok di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin. Masa saya akan beritahu nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 11:14 AM