SULAIMAN (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie bersama Proton Perdana 2016. FOTO Lizam Ridzuan
SULAIMAN (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie bersama Proton Perdana 2016. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Bersempena dengan pelancaran Proton Perdana 2016, satu konvoi membabitkan model itu diadakan ke Menara AmBank, hari ini.

Siri konvoi membabitkan beberapa lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat rekaan dan kualiti yang ditawarkan pada model sedan segmen D itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran konvoi ini sebagai satu cara menyokong aktiviti rakan niaga yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Proton Perdana serba baru ini bukan sahaja tampil lebih menarik malah menawarkan pelbagai ciri premium dan pada harga yang berpatutan pengguna boleh memilih pembiayaan bersama Ambank untuk memiliki model itu,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Tambahnya lagi kerjasama ini dilihat penting dalam mengukuhkan jumlah jualan dan merancang untuk menyediakan pegawai dan kaunter Ambank di cawangan Proton Edar bagi memudahkan urusan pembiayaan sewa beli kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 3:11 PM