Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) menjalani latihan menjelang aksi suku akhir. FOTO Reuters
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) menjalani latihan menjelang aksi suku akhir. FOTO Reuters
Reuters

Al Rayyan, Qatar: Cristiano Ronaldo kecewa apabila dia disisihkan dari senarai kesebelasan utama Portugal berdepan Switzerland namun perbincangan untuk mengetepikannya berjalan seperti biasa, kata jurulatih, Fernando Santos.

Ronaldo diletakkan sebagai pemain simpanan ketika Portugal membelasah Switzerland 6-1 dalam saingan 16 terbaik.

Kemudian Persekutuan Bola Sepak negara itu menafikan secara umum laporan menyatakan kapten mereka mengancam untuk meninggalkan pasukan kebangsaan mereka ketika kejohanan itu selepas berbincang dengan Santos.

Portugal akan berdepan skuad penuh kejutan Maghribi di suku akhir esok dan Santos yang kelihatan kecewa bersusah payah untuk menjelaskan apa yang berlaku di sebalik tabir berhubung isu itu.

"Dia (Ronaldo) tidak pernah memberitahu saya dia mahu meninggalkan pasukan kebangsaan kami. Ia adalah waktu sukar kami berhenti bercakap mengenai perbincangan ini... Waktu sukar untuk meninggalkan Ronaldo bersendiri dan mengetahui apa yang sudah dilakukan untuk bola sepak Portugal." kata Santos.

"Ya, kami ada berbincang.. ia perlu dilakukan, ia adalah perkara asas. Saya tidak melakukannya kepada semua pemain tetapi dia adalah kapten pasukan kami.

"Anda tahu dia mewakili apa untuk bola sepak Portugal, masyarakat Portugal dan pasukan kebangsaan.

"Saya menjemputnya datang ke pejabat saya (pada hari perlawanan) dan memberitahunya, dia tidak akan menjadi salah seorang daripada senarai permulaan. Mengenai strategi adalah lebih baik kamu tidak berada dalam padang.

"Kami menjangkakan perlawanan akan bertambah sukar dan saya turut menggunakannya pada babak kedua."

Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya, dimasukkan sebagai pemain gantian dan gagal menjaringkan gol sepanjang baki perlawanan, Santos berkata Ronaldo cukup profesional apabila menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan meraikan setiap jaringan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 10:34 PM